SPA (Sales and Purchase. sometimes ada org panggil S&P) ni agreement berlawyer.
Kami jemput
lawyer pihak developer dtg rumah untuk nak ambil tandatangan.
Lawyer ni adalah lawyer yang sama bg
purchaser. Sblm tanda tangan, kita blh tanya semua soalan yg kita tak faham. Antara soalan yg kami tanya:
1.Loan gomen ni check citos tak? Klu selalu byr kad kredit atau pinjaman peribadi lambat mmg bad rekod dlm citos.
- gomen loan mmg tak check citos atau commitment peminjam sbb gomen loan ni mmg dia tolak siap2 hutang kita pinjam tu dari gaji. Dia cuma check kelayakan kita shj. Layak 200k je, dpt 200k je la. Lain dgn hutang bank, kita sendiri yg kena byr tiap2 bulan. Untuk bank dpt bayaran instalment adalah manually dari kita tiap2 bulan.
2.Boleh renovate dlm rumah tak?
- boleh tp kena tahu yang rumah baru ni, tempoh waranti adalah 2 tahun dari tarih serah kunci. jika ada apa2 masaalah, developer akan baiki percuma. TETAPI jika kita sudah ubah rumah tu, waranti blh void. so check dulu sblm masuk rumah, ada bocor ke, plug cukup ke, elektrik masuk semua plug ke, punca lampu semua ok ke?tiles ada yng hollow ke, cat ok ke, dinding pecah/ rekah, semua sekali check dah lapor kepada pemaju sebelum buat reno.
2.1 tapi kita buat sikit je kat tingkat bawah. yang bocor tu di atas dan tak ada kene mengena dgn reno yg kita buat!
-developer tetap boleh void waranti.
-jadi jika ada kerosakan biasa, buat surat kepada developer dan copy kepada lawyer. developer kena baiki dlm sebulan dari tarikh surat.
-jika ada kerosakan yg segera cthnya air pecah ke apa, call developer dulu. developer boleh hantar org mereka dtg tengok segera. jika dia tak leh buat, kita boleh upah org baiki tp segala resit simpan untuk claim balik.
3. bila dpt kunci?
- kunci akan dpt bila rumah dah dapat CF (CF ni nama lama. lepas 2007 dah guna nama baru tp aku guna perkataan CF juga lah ya). tetapi dah lulus CF sekali pun, developer ada hak pegang rumah tu maksimum 2 tahun dari tarikh sain SPA( untuk kes beli rumah yg dah dlm proses build mcm kami ni). jika rumah tak siap/ tak diberi juga selepas dari 2 tahun tu, developer pula kene bayar daily interest pada kita. Kunci akan diberi bila CF dah lulus, rumah dah masuk api dan air (atau sudah register tp masih belum pasang) dan billing fasa akhir sudah diterima oleh lawyer. Billing akhir tu developer tidak dpt (lawyer pegang) until 2 tahun habis tempoh waranti rumah. Itu mcm safe guard bagi purchaser agar developer datang ganti jika ada kerosakan rumah.
4. Fakta loan gomen:
- jika beli rumah guna loan gomen, jika beli rumah yg sudah dalam proses pembinaan, SPA ni bagi masa 3 bulan sahaja untuk proses pembayaran loan. Jika dlm masa 3 bulan mereka tak dpt lg cek dari bahagian perumahan, kita akan dikenakan interest diatas billing semasa harga rumah. contohnya jika rumah harga 500k, pada masa beli tu sudah fasa ke 3 dan billing masa tu keseluruhan 200k, Jika cek lambat, Interest akan dikenakan keatas RM 250 k itu daily. Kita tak tahu kita kena interest until hari nak ambil kunci, kene settle interest sekali beribu2. so apa kena buat, sentiasa folow up dgn bahagian pinjaman perumahan status loan kita. sbb kalau mereka yang buat kerja lambat, kita yang dikenakan interesnya.
Jika loan sudah lulus, untuk fasa seterusnya, developer akan billing bahagian pinjaman perumahan, copy bill akan dihantar kepada kita dan lawyer. Akan beri masa sebulan untuk membayarnya. So follow up dgn developer, jika developer masih belum terima cek, kita follow up dgn bahagian perumahan. jika lebih sebulan dari tarikh bill, kita kena interest juga.
5. Bila dah sain SPA, kita tak boleh back out. Jika tidak, kita kena penalti 10% dari harga rumah. Jika rumah RM 500k, developer boleh lawyer up tuntut RM 50k penalti and they will win. so:
5.1. jika buat loan gomen:
find out berapa kelayakan kita dpt. Jika kita hanya layak Rm 200K jer, tapi rumah harga RM 300k, loan kita mmg akan diluluskan tetapi hanya RM 200k jer. developer anggap loan kita lulus dan yang RM 100k lagi tu mmg kena cari sendiri. kita tak leh back out. Jika mmg loan kita tak lulus langsung, then dgn budibicara developer kita blh backout tanpa kena interest. Dalam keadaan biasa, mmg loan gomen di akan diluluskan bila kita apply. tak ada masaalah tetapi jika kita bangkrap atau ada masaalah tatatertip, itu tak boleh lah.
5.2. jika buat loan konvensional:
sama juga kena find out berapa bank luluskan sblm sain SPA. sbb jika bank lulus sedikit, yg selebih tu mmg kena cari korek sendiri untuk bayar. perlu diingat, bank konvensional akan chek citos mitos semua tu. so hati2 sebelum sain.
6 fee lawyer akan di cas one time dlm RM 3-5k bergantung atas harga rumah. list down apa yg di cas akan disediakan. Kita juga akan kena bayar insuran hayat utk setiap purchaser dan insuran api. Insuran hayat tu jika kita mati, loan tak yah bayar dah. jika tak, anak bini yg hidup lah yg akan kene tanggung.
7. jika in the future, kita berhenti kerja gomen, loan rumah tak habis lagi, kita kena bayar balik lumsum semua remaining balance hutang tu.
8. katanya juga, dengan loan gomen, kita boleh review balik instalment jika kita nak pendekan tahun pinjaman tu. Ia lahkan, in future, gaji makin besar, kita makin mampu, why not pendekkan tahun bayar loan tu. tp jika bank swasta pula katanya, jika nak buat pendekan tahun, akan jadi bad rekod pada kita sbb mereka anggap kita tak ada wang ke benda or something like that. plus, akan merugikan pihak bank.
9. Ada purchaser yg nak mintak tinggikan harga rumah dlm SPA sebab mereka nak guna duit lebih tu utk renovate or whatever. Itu atas developer nak bg ke tak buat mcm tu. Contohnya: rumah harga RM 500k. Kita minta developer billkan harga rumah RM 520k contonya. RM 20k tu kita nak sbb nak buat renovate. Biasanya, klu jual beli rumah, developer yang bayar kos guaman dan segala duti, mereka tak nak upkan harga rumah mcm kita nak tu sbb. harga duti tu mereka tanggung; duti tu atas harga rumah. mereka akan rugi.Unless upkan harga rumah utk mereke...hehe
10 (soalan tak ade kene mengena) rumah contoh yang dah fully renovate mcm mana?
-rumah itu mmg harga lebih mahal sedikit dari harga rumah biasa tp segala renovation, termasuk pinggang mangkuk, meja, kerusi, kitchen kabinet, tv kabinet, katil tilam lampu kipas comes with the house.
Lepas sain ni, tunggu dlm seminggu atau dua, siap je proses, terus copy akan diberi kpd kita. kita dengan cepat sertakan copy itu di bahagian pinjaman perumahan utk proses apply loan. And the clock will ticking for 3 month...
Quotation lawyer fee yg blm termasuk insuran hayat dan insuran api