Kalau agak2 tak boleh, tak yah la masuk tengok rumah tu. Buat terliur jer. Kena ukur baju dibadan sendiri. Kalau ikut nafsu, mmg la nak yang besar, bungalow grand, kalau boleh nak sebesar rumah PM di Putajaya sana. Tapi we have to wake-up and smell the coffee.
Kalau nak buat join loan, kira loan tiap sorang berapa nak ambil, berapa lama- 25 tahun ker atau 30? dan installment berapa tiap2 bulan. Point yang kena pikir, umur sekarang dah berapa? kalau tarik installment sampai max 30, alamatnya lepas pencen pun duk berbayar loan lagi lah. Cuba kira loan agar tak melebihi pencen. kalau boleh afford, then ok lah. Tapi kalau boleh afford sekalipun tapi tiap2 bulan duk makan pasir tarak guna juga. So sendiri punya decision. Dengarnya, kalau ambil loan kerajaan, boleh revive balik pendekkan tahun loan in the future bila gaji dah besar kan. Itu kena tanya di Bahagian Pinjaman Perumahan. Ada juga kenalan yg nak sangat rumah rumah besar dan murah so beli lah rumah besar dan murah hence, to the point number 2 di bawah.
Kedua, penting juga nak kena tengok lokasi rumah yang nak dibeli. Biarlah berdekatan dengan tempat isteri kerja. No point juga rumah besar dan murah tp jauh. dalam pendalaman. mmg la dpt murah sbb jauh. Kena fikir KM commute pergi balik, ada toll ke. So kalau rumah tu jauh dengan tempat kerja isteri, biar isteri yang buat keputusan sama ada nak ke tak beli rumah tu. klu dia tak nak, rumah yang cantik dan murah mcm mana sekalipun, tak yah beli lah. Anggap sahaja itu bukan rezeki kita. boleh cuba reason out, list down pro and con, niar dia pikir. |
Tips Sebelum beli Rumah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment